UTUSAN MALAYSIA NEWS - IIUM FM

KUALA LUMPUR 26 Mei – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini melancarkan radio ”IIUM.fm” dengan siaran secara berterusan (live stream) bagi memberitahu masyarakat universiti dan juga orang ramai serta bekas pelajarnya di seluruh dunia mengenai program dan aktivitinya.


Berucap di pelancaran itu, Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid berkata, walapun ia beroperasi seperti saluran radio, IIUM.fm tidak menggunakan frekuensi yang biasa digunakan oleh saluran radio untuk melakukan siaran langsung.


Katanya, IIUM.fm akan menggunakan ”live stream” untuk membuat siaran di Internet dalam usaha untuk menghubungi bekas pelajar di pelbagai negara di seluruh dunia dan orang ramai bagi berkongsi maklumat terkini mengenai program dan aktiviti universiti.


"IIUM.fm membuat siaran 24 jam setiap hari dan kami menggunakan Inggeris sebagai bahasa perantaraan,” kata beliau.
Untuk log maklumat, pendengar boleh mengakses IIUM.fm di http://livestream.iium.edu.my/iiumfm. – Bernama

Sumber: Utusan Online

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More